Cucurella sah sertai Real Madrid sehingga 2032

Cucurella sah sertai Madrid musim depan. Foto/AFP

MADRID, 15 JUN – Real Madrid  berjaya menandatangani pemain pertahanan Chelsea, Marc Cucurella dengan nilai $63.8 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Real Madrid mengesahkan persetujuan untuk mendapatkan Marc Cucurella.
  • Cucurella akan mengikat kontrak enam musim sehingga 30 Jun 2032.
  • Beliau menyertai Chelsea pada 2022 selepas cemerlang bersama Brighton & Hove Albion.
  • Dalam empat musim Cucurella, 27, beraksi 115 perlawanan, menjaringkan lima gol dan ketuai pertahanan Sepanyol di Piala Dunia 2026.

Perkembangan tersebut disahkan Madrid menerusi satu kenyataan pada Isnin.

“Real Madrid telah mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk membeli Marc Cucurella. Dia akan akan mengikat kontrak selama enam musim sehingga 30 Jun 2032,” menurut kenyataan itu.

Sebagai rekod pemain antarabangsa Sepanyol itu menyertai skuad The Blues pada 2022 selepas cemerlang beraksi bersama Brighton & Hove Albion.

Sepanjang empat musim, Cucurella, 27 telah beraksi sebanyak 115 perlawanan dan telah menjaringkan lima gol.

Pada kempen Piala Dunia 2026, bekas pemain akademi Barcelona itu mengetuai jentera pertahanan Sepanyol dan dijadual turun pada perlawanan kumpulan H menentang Cabo Verde tengah malam ini. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.