Clarissa mahu manfaatkan peluang berharga di Jepun

Clarissa San (kiri) akan menyajikan aksi terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun. Foto/Bernama.

KUALA LUMPUR, 10 JULAI– Pemain beregu campuran muda negara, Clarissa San akan memanfaatkan peluang untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin apabila digandingkan dengan juara dunia, Chen Tang Jie pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun minggu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tidak meletakkan sasaran tinggi; fokus memberi aksi terbaik dan belajar sebanyak mungkin.
  • Mengenal kelemahan diri dan berusaha memperbaiki melalui latihan konsisten di ABM.
  • Mengagumi Toh Ee Wei sebagai idola dan berhasrat belajar banyak daripadanya.

Sekali gus menjadi penampilan sulung pemain berusia 20 tahun berkenaan dalam kejohanan bertaraf Super 750.

“Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana ini kali pertama saya beraksi dalam kejohanan besar seperti ini. Bagaimanapun kami akan memberikan aksi terbaik seperti mana yang diterapkan dalam latihan setiap hari.

“Saya mahu belajar sebanyak mungkin dan kalau boleh, kami mahu menang perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini.

Mengulas mengenai prestasi semasanya, Clarissa mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Tang Jie banyak memberikan tunjuk ajar dan cara bagaimana untuk melakukan serangan,” katanya.

Sementara itu, Clarissa berkata beliau tidak mahu membandingkan dirinya dengan Toh Ee Wei yang merupakan gandingan Tang Jie sebelum ini.

“Kalau nak dibandingkan dengan saya, saya masih jauh ketinggalan. Ee Wei adalah idola saya dan saya mahu belajar banyak perkara daripada dia,” tambah Clarissa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.