Betis lonjak ke tangga ketiga atasi Real Madrid

Pemain tengah Real Betis, Isco, menjaringkan gol pertama pasukannya menerusi sepakan penalti semasa perlawanan liga antara Real Betis dan CA Osasuna di Stadium Benito Villamarin di Seville, Foto AFP

SEVILLE, 12 Oktober – Pemain veteran Isco menjaringkan dua gol untuk membantu Real Betis kembali ke tempat ketiga dalam La Liga dengan kemenangan 5-2 ke atas Osasuna pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad kendalian Manuel Pellegrini bermain di La Cartuja sementara Benito Villamarín diubahsuai, siap dijangka 2028.
  • Perlawanan menyaksikan penalti akibat kekasaran terhadap Rodrigo Riquelme diikuti jaringan oleh Ez Abde dan gol sendiri Ante Budimir.
  • Pellegrini mengingatkan permainan tidak pernah benar-benar terkawal; dia puji kualiti dan kematangan Isco sebagai pemain.

Kelab Andalusia itu kini mengumpul mata yang sama dengan Atletico Madrid di tangga kedua, satu mata mengatasi Real Madrid di tempat keempat, namun masih ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Skuad kendalian Manuel Pellegrini mencatat kemenangan liga keenam daripada lapan perlawananmenerusi aksi menyerang di stadium La Cartuja, gelanggang sementara mereka sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian Stadium Benito Villamarín yang dijangka siap pada 2028.

Bekas pemain tengah Real Madrid, Isco, 34, membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas Rodrigo Riquelme dikasari, sebelum Ez Abde menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-30 dengan penyudah kemas.

Gol ketiga Betis hadir sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Gol sendiri Ante Budimir, sebelum penyerang Croatia itu menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol, manakala Raul Garcia turut mencatat nama sebagai penjaring untuk merapatkan jurang buat Osasuna.

Isco memanfaatkan bola terlepas di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol keduanya dan Jose Morante menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan untuk menutup kemenangan besar Betis.

“Bola sepak tidak pernah benar-benar terkawal,” kata Pellegrini selepas pasukannya hampir melepaskan pendahuluan tiga gol mereka.

“Sebaik sahaja rentak permainan menurun, pasukan lawan boleh menyamakan kedudukan.”

Bekas jurulatih Manchester City itu turut memuji Isco dengan dua golnya.

“Dia mempunyai kualiti yang menakjubkan dan kematangan sebagai pemain yang membolehkannya beraksi pada tahap yang dia mahukan,” tambah Pellegrini. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.