
BARCELONA, 24 Julai -Kelab gergasi LaLiga, Barcelona mengukuhkan jentera serangan mereka apabila mengikat pemain sayap Jerman, Karim Adeyemi dari Borussia Dortmund dengan kontrak panjang sehingga 2031, menurut kelab Sepanyol itu pada Khamis.
- Perpindahan dianggarkan sekitar €22 juta beserta syarat tambahan dan klausa penjualan semula.
- Adeyemi kembali bertemu jurulatih Hansi Flick yang pernah memberikannya debut bersama skuad kebangsaan Jerman.
- Menjadi rekrut serangan kedua The Catalans selepas Anthony Gordon, sebahagian rombakan jentera depan susulan Lewandowski dan Rashford.
Meskipun butiran kewangan tidak didedahkan, laporan media menyebut nilai perpindahan pemain berusia 24 tahun itu dianggarkan sekitar €22 juta (AS$25.1 juta) beserta syarat tambahan serta klausa penjualan semula.
Kehadiran Adeyemi melengkapkan pertemuan semula beliau dengan pengendali Barcelona, Hansi Flick, yang sebelum ini pernah memberikannya debut bersama skuad kebangsaan Jerman sebelum ini.
Sepanjang menyarung jersi Dortmund dari Red Bull Salzburg pada 2022, beliau telah merekodkan 36 gol daripada 146 penampilan dalam semua pertandingan.
Selain ketajaman di hadapan gawang, Adeyemi turut dikenali dengan larian pantas selepas pernah mencatatkan rekod kelajuan tertinggi Bundesliga iaitu 36.65 km/j ketika membantu Dortmund menewaskan Freiburg 5-1 pada musim 2022-23.
Adeyemi menjadi rekrut serangan kedua The Catalans selepas kehadiran Anthony Gordon dari Newcastle United, ketika kelab itu giat merombak jentera depan susulan penghijrahan Robert Lewandowski ke Chicago Fire dan tamatnya tempoh pinjaman Marcus Rashford. – REUTERS