
KUALA LUMPUR, 24 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa hiba atas pemergian Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said, yang disifatkan sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat menerusi karya kesusasteraan dan perjuangannya.
- Novel Salina mendekatkan masyarakat kepada kehidupan golongan tersisih serta kisah dan harapan mereka.
- Karya Allahyarham mengajak masyarakat memahami kesusahan dan menghargai harapan golongan yang dipinggirkan.
- Kasihnya terhadap rakyat akan terus dikenang melalui karya-karyanya.
- Allahyarham teguh membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.
Beliau berkata, karya Allahyarham, khususnya novel Salina (1961) berjaya mendekatkan masyarakat kepada kehidupan golongan yang sering tersisih, sekali gus mengangkat kisah dan harapan mereka.
“Melalui novel ini, Pak Samad membawa kita mengenali kehidupan golongan yang sering dipinggirkan, sekali gus mengajak masyarakat memahami kesusahan dan menghargai harapan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya
Menurut beliau, kasih Allahyarham terhadap rakyat akan terus dikenang menerusi karya-karyanya, selain keteguhan beliau dalam membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.
Menerusi hantaran sama, Datuk Seri Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar segala dosanya diampunkan dan rohnya ditempatkan istimewa di sisi Allah SWT.