
TUPANCIRETA, 23 November – Sekurang-kurangnya lima maut dan 265 cedera selepas ribut dahsyat melanda bandar Tupancireta, Brazil, dengan kelajuan angin mencecah 114 kilometer sejam.
- Hampir 8,000 rumah rosak dan hampir 20,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
- Jalan raya dipenuhi runtuhan, pokok tumbang dan tiang elektrik rebah, manakala bangunan industri mengalami kerosakan teruk.
- Kerajaan Brazil mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon darurat bencana bagi membolehkan bantuan persekutuan disalurkan.
- Kira-kira 200 anggota tentera dikerahkan membantu pembersihan serta pengagihan makanan, air minuman dan barangan keperluan.
Kejadian awal pagi Jumaat itu menyebabkan kemusnahan besar apabila hampir 8,000 rumah rosak, manakala hampir 20,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Bencana itu menyebabkan kemusnahan besar apabila jalan raya dipenuhi runtuhan, pokok tumbang dan tiang elektrik rebah, selain bangunan industri mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan Brazil mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon darurat bencana pada Sabtu bagi membolehkan bantuan persekutuan disalurkan.
Kira-kira 200 anggota tentera turut dikerahkan membantu operasi pembersihan serta pengagihan makanan, air minuman dan barangan keperluan.
Pertahanan Awam Brazil menyifatkan kejadian itu sebagai ribut supercell yang berupaya menghasilkan angin kencang, hujan batu dan puting beliung.
Kesan ribut turut melanda puluhan kawasan lain di negeri Rio Grande do Sul, dengan lebih 25,000 penduduk terjejas. – VIORY