
SHAH ALAM, 23 November – Kerajaan Negeri Selangor bakal mengadakan perbincangan dengan syarikat penyedia perkhidmatan ekonomi gig bagi memastikan pekerja memperoleh perlindungan sosial sewajarnya.
- Kerajaan Selangor akan berbincang dengan syarikat penyedia perkhidmatan ekonomi gig bagi memastikan pekerja mendapat perlindungan sosial sewajarnya.
- Langkah itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan mengelakkan mereka terabai tanpa perlindungan insurans atau caruman PERKESO.
- Tindakan boleh diambil terhadap pihak yang gagal mendaftar pekerja dengan PERKESO dan agensi berkaitan.
- Seramai 13,062 pekerja gig di Selangor berdaftar dan mencarum aktif di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Exco Sumber Manusia Selangor, V Papparaidu berkata, langkah itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja selain, memastikan mereka tidak terabai tanpa perlindungan insurans atau caruman PERKESO.
“Tindakan boleh diambil sekiranya gagal mendaftar dengan PERKESO juga agensi berkaitan,”katanya ketika menjawab soalan tambahan Adun Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah mengenai caruman dan perlindungan insurans kepada pekerja gig pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Setakat ini, seramai 13,062 pekerja gig di Selangor berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.