
KUALA LUMPUR, 23 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- PM berharap usaha, pengorbanan dan persediaan calon membuahkan keputusan cemerlang.
- Calon diingatkan supaya kekal tenang, yakin pada kemampuan diri dan menjawab soalan dengan teliti.
- Calon digalakkan berdoa serta memohon restu ibu bapa dan guru, semoga segala urusan dipermudah dan berjaya.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berharap segala usaha, pengorbanan serta persediaan yang dilakukan calon sepanjang tempoh pembelajaran dapat diterjemahkan kepada keputusan yang cemerlang.
“Calon diingatkan supaya kekal tenang, yakin dengan kemampuan diri serta menjawab setiap soalan dengan teliti sepanjang peperiksaan berlangsung,”menurut hantaran itu lagi.
Perdana Menteri juga menggalakkan calon agar terus berdoa dan memohon restu ibu bapa serta guru, selain berharap segala urusan mereka dipermudah dan dikurniakan kejayaan.