Menteri Pendidikan titip nasihat buat calon SPM hadapi peperiksaan bertulis

Foto Facebook Datuk Seri Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 22 November – Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menitipkan nasihat buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri sebaliknya kekal tenang dan yakin ketika menghadapi peperiksaan bertulis yang bermula esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dapatkan rehat secukupnya, tidur awal, dan percayai usaha serta persediaan yang telah dibuat.
  • Ibu bapa dan guru terus beri semangat dan doa supaya calon kekal yakin.
  • Menteri mendoakan semua calon melakukan yang terbaik dan berjaya menghadapi peperiksaan.
  • Calon disarankan menyemak jadual penuh melalui Jadual Waktu Peperiksaan SPM atau Lembaga Peperiksaan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook, mengingatkan calon agar mendapatkan rehat secukupnya, tidur awal dan mempercayai usaha serta persediaan yang telah dilakukan selama ini.

“Anak-anak, selepas melalui ujian bertutur dan amali, esok bermulalah pula peperiksaan bertulis. Mesti macam-macam perasaan sekarang kan?

“Buat ibu ayah dan guru-guru, teruslah beri semangat dan titipkan doa. Anak-anak kita perlukan keyakinan bahawa apa pun keputusannya nanti kita tetap bangga dengan usaha mereka,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Fadhlina turut mendoakan agar semua calon SPM dapat melakukan yang terbaik dan berjaya menghadapi peperiksaan berkenaan.

Peperiksaan bertulis SPM 2026 berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember depan dan melibatkan seramai 420,879 calon di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon boleh menyemak jadual penuh melalui Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 atau Lembaga Peperiksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.