Polis siasat kewujudan kumpulan ‘Vikings’ babit warga Nigeria

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar S. Muthuvelu

IPOH, 19 November – Polis sedang menyiasat kewujudan kumpulan dikenali sebagai Vikings atau De Norsemen Kclub International (DNKI) yang dipercayai membabitkan warga Nigeria.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menyiasat sama ada kejadian itu rancangan terancang atau pergaduhan antara individu.
  • Enam warga Nigeria berusia 26 hingga 48 ditahan selepas pergaduhan di Metro Prima, Kepong.
  • Semua suspek memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar; polis menyemak institusi pengajian tinggi tempat mereka didaftarkan.
  • Jika tidak berdaftar, pertubuhan boleh dikategorikan haram dan tindakan dikenakan di bawah Akta Pertubuhan; kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 52(3).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata polis sedang mengenal pasti sama ada kumpulan itu bergerak secara terancang atau pergaduhan yang disiasat hanya membabitkan individu tertentu.

Beliau berkata enam warga Nigeria berusia antara 26 hingga 48 tahun ditahan semalam susulan pergaduhan sesama mereka di Metro Prima, Kepong.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar.

“Tiada berdaftar, maksudnya sekiranya ini dibuktikan… maka pertubuhan itu dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta boleh diambil tindakan di bawah Akta Pertubuhan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti sama ada kumpulan ini wujud sebagai satu kumpulan yang besar.

… dan tujuan kewujudan kumpulan itu, sekiranya ada atau mereka merupakan atau mengambil tindakan secara persendirian”, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Polis sedang menyemak institusi pengajian tinggi tempat suspek didaftarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.