
IPOH, 19 November – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menikam bayi perempuannya pada hari sama bayi itu dilahirkan sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah.
- Kejadian dipercayai berlaku pada 14 November kira-kira pukul 1 tengah hari di rumah suspek di Beruas.
- Bayi dilaporkan mengalami dua kesan tikaman di dada; mayat dibawa ke Pantai Remis dan ditanam di belakang rumah teman lelaki.
- Kejadian terbongkar selepas suspek menceritakan kepada rakan; suspek dan teman lelaki direman 18 hingga 23 November untuk siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari pada 14 November di rumah remaja berkenaan di Beruas.
Beliau berkata bayi itu mengalami dua kesan tikaman di bahagian dada sebelum mayatnya dibawa ke Pantai Remis dan ditanam di belakang rumah teman lelaki suspek.
“Ibu bayi itu sendiri yang bertindak menikam bayi tersebut. Kemudian dia memanggil teman wanitanya untuk menanam mayat bayi berkenaan di belakang rumah ini. Kita juga telah merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Suspek kini direman bermula 18 hingga 23″, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kejadian itu terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan perbuatannya kepada seorang rakan yang kemudian membuat laporan polis.
Datuk Mohd Alwi berkata remaja itu dan teman lelakinya ditahan serta direman dari 18 hingga 23 November bagi membantu siasatan.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan remaja berkenaan mungkin dirujuk untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.