Kematian pelajar Tingkatan Tiga: Polis rakam keterangan 11 individu

Foto RTM

IPOH, 19 November – Polis merakam percakapan 11 individu bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Punca kematian disahkan akibat jerutan pada bahagian leher; tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak lain, termasuk perbuatan buli.
  • Rakaman CCTV bilik diteliti dan mendapati tiada perkara mencurigakan; perbuatan dipercayai dilakukan sendiri oleh mangsa.
  • Keterangan ibu bapa dan beberapa rakan diambil untuk meneliti corak tingkah laku; kes diklasifikasi mati mengejut, siasatan sedang berjalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata mereka terdiri daripada enam pelajar dan lima guru.

Keterangan ibu bapa mangsa turut diambil, selain polis sedang mendapatkan keterangan beberapa rakan mangsa bagi meneliti corak tingkah lakunya sebelum kejadian.

Polis turut meneliti tiga rakaman kamera litar tertutup di bilik berkenaan dan tidak menemukan sebarang perkara mencurigakan.

“Berdasarkan kes itu, punca kematian disahkan akibat jerutan pada bahagian leher. Tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak lain, termasuk perbuatan buli.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perbuatan tersebut dilakukan sendiri oleh mangsa,” katanya dalam sidang media di sini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan keterangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.