KPDN Perak sita alat ganti kenderaan berat tiruan bernilai RM26,165

Foto RTM

IPOH, 19 November – Alat ganti kenderaan berat disyaki tiruan bernilai RM26,165 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam operasi di sebuah premis perdagangan di Ipoh, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan susulan aduan wakil pemilik cap dagangan.
  • Pemeriksaan menemui alat ganti kenderaan berat menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran; barangan disahkan tiruan dan disita untuk siasatan.
  • Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.
  • Syarikat didenda sehingga RM15,000 pertama, RM30,000 berikutnya; individu denda sehingga RM10,000 atau penjara tiga tahun, berikutnya denda RM20,000 atau penjara lima tahun.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata operasi dijalankan susulan aduan wakil pemilik cap dagangan yang mengesyaki premis berkenaan menjual barangan tiruan.

“Pemeriksaan menemukan pelbagai alat ganti kenderaan berat yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran pemilik dan disahkan tiruan oleh wakil syarikat sebelum disita untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019. Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan untuk kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan berikutnya.

“Individu pula boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara maksimum tiga tahun, manakala kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.