Fiji isytihar darurat bencana susulan kemarau

Sitiveni Rabuka/ AFP

SYDNEY, 19 November- Fiji mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negara susulan kemarau akibat fenomena cuaca El Nino yang kini mencapai tahap krisis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan diberi kuasa mencatu bekalan air, mengarahkan pemindahan penduduk dan menyalurkan semula peruntukan awam untuk bantuan bencana.
  • Perdana Menteri berkata penduduk bimbang mengenai ketersediaan air dan kesan cuaca kering berpanjangan terhadap kehidupan seharian.
  • Golongan petani turut bimbang terhadap keadaan tanaman dan ternakan mereka.
  • Sumber air susut dengan puluhan lori dihantar ke kampung terjejas; pakar memberi amaran El Nino semasa mungkin antara yang paling kuat.

Di bawah pelan kecemasan itu, kerajaan mempunyai kuasa untuk mencatu bekalan air, mengarahkan pemindahan penduduk serta menyalurkan semula peruntukan awam bagi bantuan bencana.

Perdana Menteri, Sitiveni Rabuka berkata keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk berhubung bekalan air serta kesan cuaca kering berpanjangan terhadap kehidupan seharian.

“Keluarga di seluruh Fiji bimbang mengenai ketersediaan bekalan air dan kesan keadaan kering berpanjangan terhadap kehidupan seharian mereka,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata golongan petani turut bimbang terhadap tanaman dan ternakan mereka.

Media tempatan melaporkan sumber air di sebahagian besar negara itu susut ke paras membimbangkan, manakala puluhan lori dikerahkan untuk menghantar bekalan air ke kampung yang terjejas.

“Kita tidak dapat mengawal iklim tetapi kita boleh mengambil tindakan awal, menggunakan sumber secara bertanggungjawab dan bersatu menghadapi kesannya,” kata Rabuka.

Pakar memberi amaran bahawa fenomena El Nino semasa berpotensi menjadi antara yang paling kuat pernah direkodkan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.