Dua lagi komander platun Hamas maut

Jenazah yang dibaluti bendera Palestin diusung ke kawasan perkuburan/ AFP

GAZA, 19 November – Dua lagi komander platun Hamas maut dalam dua serangan berasingan yang dilancarkan tentera rejim Zionis di kawasan Khan Younis di selatan Gaza dan Jabalia di utara wilayah itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Identiti kedua individu: Ashraf Nayef Muhammad Tabasi (Briged Khan Younis) dan Saber Nayef Mahmoud Nabhan (Batalion Jabalia Barat).
  • Saksi melaporkan kereta kebal Israel mara ke kawasan tengah Gaza, dianggap melanggar gencatan senjata berkuat kuasa sejak Oktober 2025.
  • Hamas menggesa pengantara campur tangan untuk menangani pelanggaran perjanjian dan mengawal semula situasi.
  • Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan 1,658 terbunuh dan 6,000 cedera sejak gencatan senjata Oktober 2025; jumlah korban sejak 7 Okt 2023: 74,710.

Kedua-dua individu berkenaan dikenali sebagai Ashraf Nayef Muhammad Tabasi daripada Briged Khan Younis dan Saber Nayef Mahmoud Nabhan daripada Batalion Jabalia Barat.

Sementara itu, saksi melaporkan kereta kebal Israel mara ke kawasan tengah Gaza pada Rabu selain menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober 2025.

Hamas turut menggesa pihak pengantara campur tangan bagi menangani pelanggaran tersebut.

Minggu lalu, Hamas turut memaklumkan kepada pihak pengantara bahawa pihaknya tidak merancang sebarang serangan terhadap Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 1,658 rakyat Palestin terbunuh manakala 6,000 lagi cedera sejak gencatan senjata Oktober 2025 berkuat kuasa.

Jumlah keseluruhan kematian rakyat Palestin sejak 7 Oktober 2023 pula meningkat kepada 74,710 orang.- VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.