
DOHA, 17 November – Qatar menggesa semua pihak supaya mengawal diri susulan serangan Iran yang menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Bahrain.
- Qatar menggesa semua pihak mengawal diri untuk mengelakkan peningkatan ketegangan yang boleh menjejaskan usaha rundingan dan pengantaraan.
- Perjumpaan dengan pihak Iran dan usaha pengantaraan mesti diteruskan tanpa gangguan dari tindakan yang meningkatkan ketegangan.
- Qatar peringatkan ketegangan mengancam kebebasan pelayaran, ekonomi global dan peluang mencapai persetujuan untuk mengelakkan konflik lebih meluas.
Qatar turut menyeru agar sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau Teluk dielakkan bagi memastikan usaha rundingan dan pengantaraan tidak terjejas.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari berkata, sebarang peningkatan ketegangan boleh menjejaskan usaha pengantaraan yang sedang berlangsung bagi mencari penyelesaian untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Beliau berkata, satu pertemuan dengan pihak Iran dijadualkan berlangsung hari ini, manakala usaha pengantaraan masih diteruskan.
“Sebarang peningkatan ketegangan di rantau ini pastinya akan menyukarkan usaha berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, ketegangan di Teluk turut mengancam kebebasan pelayaran, ekonomi global serta peluang mencapai persetujuan bagi mengelakkan rantau itu daripada terus terjerumus dalam konflik.
Beliau sekali lagi menyeru semua pihak supaya mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan rundingan atau menyukarkan usaha mencapai persetujuan. – AFP