China kecam AS susulan sekatan eksport cip

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun

BEIJING, 17 November – China memberi amaran akan mengambil tindakan sewajarnya sebagai tindak balas terhadap sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport cip ke negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • China menuduh AS menyalahgunakan alasan keselamatan untuk mengenakan kawalan eksport cip.
  • Beijing berkata AS kerap memperluas konsep keselamatan negara hingga menjejaskan hak dan kepentingan sah China.
  • Washington mengetatkan kawalan eksport cip susulan skandal pengintipan Nvidia; China akan pertahankan hak dan kepentingannya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyifatkan tindakan Washington itu sebagai penyalahgunaan alasan keselamatan negara untuk mengenakan kawalan eksport.

Beliau berkata, AS berulang kali memperluas konsep keselamatan negara sehingga menjejaskan hak dan kepentingan sah China.

“China akan mengambil langkah yang perlu bagi mempertahankan hak dan kepentingan sahnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Washington memperketat kawalan eksport cip ke negara itu susulan isu berkaitan skandal pengintipan Nvidia. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.