Puluhan ribu penunjuk perasaan bantah peningkatan kos sara hidup

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata, bom tangan pegun serta meriam air bagi menyuraikan kumpulan tunjuk perasaan/Foto AFP

PARIS, 15 November – Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan seluruh Perancis pada Sabtu, bagi membantah peningkatan kos sara hidup serta Rang Undang-Undang baharu berkaitan polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Angka kehadiran dipertikaikan, Menteri anggar 24,000 di Paris, kesatuan pelajar dakwa sehingga 200,000 seluruh negara.
  • Demonstrasi disertai pelajar, kesatuan sekerja dan aktivis Yellow Vest, perarakan dari Place de la Republique ke Place de la Nation membawa sepanduk.
  • Kebanyakan aman namun terdapat insiden kekerasan, dakwaan kekerasan polis terhadap remaja bawah umur; pihak berkuasa guna gas pemedih mata dan meriam air.

Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez memaklumkan, angka berkenaan termasuk 24,000 individu di Paris.

“Jumlah itu merupakan anggaran kehadiran paling rendah bagi siri-siri demonstrasi yang diadakan pada hujung minggu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, kesatuan pelajar menganggarkan jumlah peserta demonstrasi mencecah 200,000 individu termasuk hampir 100,000 orang di Paris,”katanya.

Penunjuk perasaan memulakan perarakan di Place de la Republique sebelum bergerak menuju ke Place de la Nation dengan membawa sepanduk serta bendera.

Kumpulan penunjuk perasaan yang disertai pelbagai golongan termasuk pelajar serta kesatuan sekerja dan aktivitis ‘Yellow Vest’ bagi hari kelima demostrasi turut mendesak presiden untuk meletak jawatan.

Walaupun kebanyakan demonstrasi berlangsung secara aman, namun terdapat sebahagian kecil insiden yang didakwa dicemari dengan tindakan kekerasan pihak polis terhadap remaja bawah umur.

Protes di negara ini bermula pada pertengahan September selepas kumpulan pelajar sekolah menengah di kawasan pinggir bandar Paris turun ke jalanan bagi menuntut penambahbaikan terhadap sekolah.

Kumpulan berkenaan kemudian disertai golongan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang, sebelum demonstrasi merebak ke wilayah lain.

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata, bom tangan pegun serta meriam air bagi menyuraikan kumpulan tunjuk perasaan.

Demonstrasi terbesar di seluruh negara dijangka berlangsung pada 17 Oktober ini.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.