
MOSCOW, 15 November – Rusia mengesahkan pertemuan tiga hala antara Presiden Vladimir Putin, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijadual berlangsung di Shenzhen, China pada 19 November ini.
- Pertemuan tiga hala diadakan di luar Sidang Kemuncak APEC.
- China belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai pertemuan tiga hala.
- Rundingan dijangka memberi tumpuan kepada pengurangan persenjataan nuklear global dan konflik di Asia Barat.
- Perang Rusia-Ukraine tidak termasuk dalam agenda walaupun menjadi isu utama hubungan Washington dan Moscow.
Pertemuan julung kali membabitkan ketiga-tiga pemimpin itu akan diadakan di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang berlangsung selama dua hari mulai 18 November ini.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, persetujuan mengenai pertemuan berkenaan telah dicapai, sekali gus mengesahkan pengumuman awal yang dibuat Washington.
Menurut White House, rundingan dijangka memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan persenjataan nuklear di peringkat global serta konflik di Asia Barat.
Bagaimanapun, perang Rusia-Ukraine tidak termasuk dalam agenda yang dirancang, meskipun konflik berkenaan terus menjadi antara isu utama hubungan Washington dan Moscow.
Setakat ini, China masih belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai pertemuan tiga hala itu.
Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen akan menghimpunkan pemimpin ekonomi Asia-Pasifik bagi membincangkan kerjasama ekonomi dan cabaran serantau. – AFP