SPR bekerjasama bendung ancaman serangan siber

Foto RTM

MELAKA, 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan laman web suruhanjaya itu tidak terjejas akibat serangan siber sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi SPR menegaskan laman web SPR penting bagi memastikan kelancaran urusan pilihan raya.
  • SPR masih belum menerima laporan lengkap dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
  • Pengundian awal PRN Melaka diadakan di 31 pusat mengundi melibatkan 50 saluran seluruh negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, laman web SPR memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan urusan pilihan raya.

“Saya masih belum menerima laporan lengkap berhubung perkara itu. Insya-Allah, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan isu berkenaan.

“Kita berharap serangan siber tidak menyasarkan laman web SPR kerana platform itu amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan pilihan raya.

“SPR juga telah menjalin kerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan serangan siber terhadap laman web SPR yang dipercayai berlaku awal pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan masih belum menerima laporan lengkap berhubung insiden berkenaan.

Sehubungan itu, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, proses pengundian awal PRN Melaka berlangsung di 31 pusat mengundi membabitkan 50 saluran di seluruh negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.