Menteri Luar Itali dakwa jadi sasaran penjenayah siber

Antonio Tajani/ AFP

ROM, 7 November – Menteri Luar Itali, Antonio Tajani mendakwa dirinya menjadi sasaran penjenayah siber yang menyebarkan maklumat peribadinya secara dalam talian susulan sokongan Itali terhadap Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maklumat peribadi Tajani disebarkan di laman web gelap; terdapat usaha mendapatkan maklumat tambahan.
  • Beliau menyatakan pendirian Itali terhadap Ukraine menjadi motif politik di sebalik serangan siber.
  • Tajani menegaskan tidak akan tunduk kepada ugutan atau intimidasi.
  • Kerajaan Itali menyediakan bantuan kemanusiaan dan ketenteraan kepada Kiev untuk membantu mempertahankan negara itu.

Dalam satu kenyataan menerusi platform X, Tajani berkata maklumat peribadinya telah disebarkan di laman web gelap (dark web) sejak beberapa hari lalu, selain terdapat usaha mendapatkan maklumat tambahan mengenai dirinya.

“Sejak beberapa hari lalu, penjenayah siber menyebarkan maklumat peribadi saya di laman web gelap dan berusaha mendapatkan maklumat lanjut, sekali gus mendedahkan saya kepada ancaman serta ugutan baharu.

“Pendirian kami terhadap Ukraine menjadi sebab politik saya disasarkan, iaitu mempertahankan kebebasan sebuah negara berdaulat, menyatakan pendirian tegas menyokong demokrasi dan kemerdekaan sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata pendirian Itali terhadap Ukraine menjadi motif politik di sebalik tindakan menyasarkannya. Tajani menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk ugutan atau intimidasi.

“Saya tidak akan membiarkan diri saya diugut dalam apa jua keadaan,” katanya.

Kerajaan Itali sebelum ini menyalurkan bantuan kemanusiaan dan ketenteraan kepada Kiev dalam usaha negara itu mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.