Iran sahkan lima kapal tangki dan kapal tunda terbakar di Selat Hormuz

Selat Hormuz/ Fail AFP

TEHRAN, 5 November – Lima buah kapal tangki minyak dan sebuah kapal tunda dilaporkan terbakar di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC lapor sebuah kapal tangki besar terbakar dan terhenti selepas melanggar periuk api ketika cuba melalui laluan haram di selatan Selat Hormuz.
  • Sebuah lagi kapal tangki terhenti akibat kebakaran besar semasa keluar dari bahagian timur Selat Hormuz.
  • Kapal tunda yang menghampiri untuk memadam kebakaran turut terbakar, menurut kenyataan IRGC.
  • Tentera Iran mengesahkan tiga kapal tangki lagi terkena letupan periuk api; tiada pengesahan antarabangsa, UKMTO lapor serangan projektil pada sebuah kapal.

Demikian menurut kenyataan berasingan daripada Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan tentera darat Iran pada Khamis.

“Malam tadi…sebuah kapal tangki minyak berskala besar yang cuba melalui laluan haram di selatan Selat Hormuz terbakar dan terhenti selepas melanggar periuk api,” kata pihak IRGC.

“Sebuah lagi kapal tangki turut terhenti berikutan kebakaran besar semasa keluar dari bahagian timur Selat Hormuz.

“Kapal tunda yang menghampiri kapal tangki berkenaan untuk memadamkan kebakaran juga terbakar,” tambah kenyataan IRGC.

Sementara itu, pihak tentera Iran kemudiannya mengesahkan tiga lagi kapal tangki minyak terkena letupan periuk api laut.

“Awal pagi Khamis, sebuah kapal tangki minyak yang melanggar peraturan belayar menerusi kawasan tidak selamat di timur Selat Hormuz terbakar dan terhenti selepas melanggar periuk api laut,” kata tentera Iran menerusi agensi berita rasmi IRNA.

“Kira-kira waktu tengah hari, dua lagi kapal tangki minyak melanggar periuk api lalu terbakar di perairan tidak selamat di bahagian timur Selat Hormuz,” menurut kenyataan susulan IRNA.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi berhubung siri insiden berkenaan daripada pegawai maritim antarabangsa.

Badan pemantau Britain, UKMTO melaporkan sebuah kapal tangki telah dihentam dua projektil tidak dikenali pada jarak kira-kira 90 kilometer di luar pantai utara Qatar, tanpa memperinci kerosakan atau kemalangan jiwa.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.