Malaysia berhasrat perkukuh kedudukan sebagai hab logistik bertaraf dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

PULAU INDAH, 5 November – Malaysia berhasrat memperkukuh kedudukannya sebagai hab logistik bertaraf dunia dengan memanfaatkan kelebihan strategik negara merangkumi pengangkutan darat, laut dan udara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perluasan peranan Selat Melaka melalui integrasi rangkaian pengangkutan darat, laut dan udara.
  • Mengukuhkan kekuatan laluan perdagangan bersejarah untuk menyokong ambisi menjadi hab logistik antarabangsa.
  • Perasmian Pusat Pengedaran Global Daiso sebagai langkah praktikal mempertingkat kapasiti dan rantaian bekalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan strategik Malaysia di Selat Melaka yang sekian lama menjadi laluan perdagangan utama dunia kini perlu diperluaskan melalui integrasi rangkaian pengangkutan darat, laut dan udara.

“Selat Melaka telah menggerakkan aliran perdagangan selama berabad-abad. Cita-cita kita adalah untuk memperluaskan kekuatan itu merentasi pengangkutan darat, laut dan udara bagi menjadikan Malaysia sebuah hab logistik bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Pengedaran Global (Global Distribution Centre – GDC) Daiso di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.