KPKT sasar bina 18 loji WTE menjelang 2040


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 5 November – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pembinaan 18 loji sisa kepada tenaga (WTE), disokong 16 stesen pemindahan dan 10 tapak pelupusan sanitari menjelang 2040 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPKT menjemput pihak berkaitan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara meneliti keperluan tapak pelupusan di Betong untuk pertimbangan Rancangan Malaysia.
  • Menteri menjawab pertanyaan wakil Betong mengenai strategi jangka panjang terhadap tapak pelupusan terbuka kritikal dan pelan mitigasi bagi daerah tanpa loji WTE.
  • SWCorp berjaya menutup 3,600 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara sepanjang 2025 bagi menjaga kebersihan dan kesejahteraan penduduk.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, usaha itu turut menyasarkan peningkatan kadar kitar semula kebangsaan kepada lebih 40 peratus berbanding 37.9 peratus ketika ini.

“KPKT tidak pernah membiarkan PBT di kawasan luar bandar berdepan masalah tapak pelupusan yang uzur atau hampir mencapai kapasiti maksimum secara bersendirian.

“Justeru, saya menjemput pihak berkenaan untuk bersama-sama KPKT dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara meneliti keperluan penyediaan tapak pelupusan di Betong bagi dipertimbangkan dalam permohonan di bawah Rancangan Malaysia akan datang,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Betong, Datuk Dr Richard Rapu Aman Anak Begri mengenai strategi jangka panjang KPKT terhadap tapak pelupusan terbuka kritikal PBT luar bandar dan pelan mitigasi bagi daerah tanpa loji WTE di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Dalam pada itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menutup 3,600 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara sepanjang 2025 sebagai usaha menjaga kebersihan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.