JAKIM perkasa 344 institusi pendidikan islam dengan AI, robotik


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Muhyidin Aziz@Saari

KUALA LUMPUR, 5 November – Sebanyak 344 institusi pendidikan Islam bakal diperkasa menerusi penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi memastikan pelajarnya tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama JAKIM dengan MDEC untuk meningkatkan literasi digital dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam teknologi serta inovasi.
  • Matlamat melahirkan generasi menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi serta institusi pendidikan Islam moden tanpa mengabaikan asas agama.
  • Belanjawan 2027 meningkatkan peruntukan hal ehwal Islam daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion untuk sokong pemerkasaan pendidikan Islam.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Muhyidin Aziz@Saari berkata, kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dilaksanakan bagi meningkatkan literasi digital serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang teknologi dan inovasi.

“Kita mahu melahirkan generasi yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, merangkumi ilmu dunia dan akhirat.

“usaha itu bertujuan melahirkan institusi pendidikan Islam yang moden dan berkeupayaan membangunkan modal insan holistik tanpa mengabaikan asas pendidikan agama,” katanya selepas sesi temubual Program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri, Kota Media.

Dalam perkembangan berkaitan, Belanjawan 2027 menyaksikan peningkatan peruntukan hal ehwal Islam daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion.

Muhyidin berkata, peningkatan peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi menyokong usaha memperkasa institusi pendidikan Islam supaya lebih moden dan berdaya saing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.