Kuala Sungai Baru dipilih lokasi pembangunan pusat data

Foto BERNAMA

KUALA SUNGAI BARU, 4 November – Satu pusat data atau ‘data centre’ akan dibina di Kuala Sungai Baru, Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembangunan baharu bernilai RM6 bilion akan bermula tahun depan.
  • Pusat data kecerdasan buatan memerlukan bekalan tenaga daripada EDRA Melaka Power Plant.
  • Lokasi dipilih kerana berdekatan loji penjanaan kuasa untuk menyokong pembangunan pusat data.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembangunan baharu itu bernilai RM6 bilion dan akan bermula tahun depan.

“Pelaburan baharu yang akan diwujudkan ini bertujuan membantu membekalkan tenaga kepada pusat data yang bakal dibangunkan di kawasan ini, sebagai sebahagian daripada pelaburan baharu bernilai lebih RM6 bilion.

“Insya-Allah, pada tahun depan, sebuah pusat data yang akan diluluskan memerlukan bekalan tenaga daripada EDRA (EDRA Melaka Power Plant) bagi memastikan keperluan tenaga untuk pusat data kecerdasan buatan (AI) ini dapat dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis CGNEI Gas Turbine Power Generation Conference 2026 di EDRA Melaka Power Plant di Kuala Sungai Baru.

Mengulas lanjut, katanya, pembangunan pusat data di kawasan itu berikutan terdapat loji penjanaan kuasa atau ‘Power Plant’ berdekatan untuk membantu dalam pembangunan pusat tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.