RM3 juta perkasa bantuan kepada nelayan kecil

Gambar Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 4 November – Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi tahun 2026 dan 2027 bagi pelaksanaan program bertujuan memperkukuh sokongan terhadap nelayan kecil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Perikanan melalui SPeKS memberi bantuan peralatan kepada nelayan kecil pesisir: enjin sangkut, sampan dan peralatan penangkapan ikan.
  • LKIM melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan Touch Point memberi bantuan in-kind sehingga RM15,000 seorang untuk nelayan B40.
  • Bantuan disalurkan kepada ratusan nelayan pantai secara berperingkat bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup komuniti nelayan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyediakan bantuan peralatan kepada nelayan kecil pesisir pantai melalui Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan Perikanan (SPeKS) meliputi peralatan penangkapan ikan, enjin sangkut dan sampan.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM214,108 telah disalurkan kepada 187 orang nelayan pantai di seluruh negara.

Manakala bagi tahun 2027, peruntukan dianggarkan sebanyak RM200,000 dengan sasaran 170 orang nelayan pantai menerima manfaat, tertakluk kepada kelulusan peruntukan dan mekanisme pelaksanaan

“Sementara itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan – Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) sejak tahun 2023 bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan B40 dan memperkukuh taraf serta kualiti hidup komuniti nelayan.

“Bantuan diberikan secara ‘in-kind’ dengan nilai maksimum RM15,000 seorang meliputi peralatan seperti enjin, sampan, pukat, jaring dan tong penyimpanan ikan,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengenai jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2026 dan 2027 untuk meningkatkan produktiviti nelayan kecil pesisir pantai khususnya melalui bantuan enjin sangkut, sampan gentian kaca (fibre) dan peralatan penangkapan ikan serta bilangan nelayan yang disasarkan menerima manfaat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.