PM hadir tonton perlumbaan GP Malaysia 2026

Facebook: Anwar Ibrahim

SEPANG, 1 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)sebelum menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kategori MotoGP.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri disambut Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari serta CEO SIC Azhan Shafriman Hanif setibanya di litar.
  • Beliau meninjau kawasan tempat duduk K2 Hillstand dan beramah mesra dengan penonton di grid sebelum perlumbaan bermula.
  • Lenovo Ducati Marc Marquez juara, Pedro Acosta kedua dan Alex Marquez melengkapkan podium ketiga.

Beliau tiba di litar kira-kira 2.15 petang dan disambut Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Perdana Menteri kemudian meninjau kawasan tempat duduk penonton di K2 Hillstand sebelum menuju ke grid perlumbaan untuk beramah mesra dengan penonton menjelang perlumbaan MotoGP yang bermula pada 3 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suasana perlumbaan turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Dalam perlumbaan itu, pelumba Lenovo Ducati, Marc Marquez muncul juara, manakala Pedro Acosta daripada Red Bull KTM Factory Racing menduduki tempat kedua.

Alex Marquez daripada Gresini Racing melengkapkan podium di tempat ketiga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.