Moto4: Qabil irfan mampu jadi ‘superstar’ permotoran

 Qabil Irfan Azlan/ RTM

SEPANG, 31 Oktober- Kemenangan Qabil Irfan Azlan dalam Perlumbaan 1 pusingan kelima Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari ini, disifatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali sebagai petanda potensi pelumba muda itu untuk muncul sebagai bintang baharu sukan permotoran negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu bimbingan berterusan agar potensinya berkembang, terutama selepas kembali beraksi susulan kecederaan kaki.
  • Jangan terlalu mengagung-agungkan pelumba muda hanya selepas satu kemenangan; prestasi di peringkat lebih tinggi belum tentu konsisten.
  • Kejayaan harus diraikan secara seimbang, disusuli bimbingan untuk tingkatkan prestasi dan capai kemampuan sebenar.

Bagaimanapun, Datuk Razlan menegaskan Qabil Irfan perlu terus dibimbing bagi memastikan potensinya dapat dikembangkan, terutama selepas kembali beraksi susulan kecederaan kaki.

“Melihat dia menang selepas kembali daripada kecederaan kaki, saya percaya dia berpotensi menjadi superstar permotoran seterusnya. Namun, kita perlu memastikan dia terus dibimbing,” katanya.

Pada masa sama, Datuk Razlan mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu mengagung-agungkan pelumba muda selepas meraih satu kemenangan, memandangkan kejayaan dalam saingan Piala Bakat ASEAN belum mencerminkan kemampuan mereka untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi.

“Kejayaan itu wajar diraikan, tetapi janganlah secara berlebihan. Saya pernah melihat pelumba ASEAN yang meraih kemenangan sekali dan diraikan begitu hebat, namun prestasi mereka selepas itu tidak menepati jangkaan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan Qabil Irfan wajar diraikan, namun bimbingan berterusan penting bagi membantu pelumba muda itu meningkatkan prestasi dan mengembangkan potensinya dalam sukan permotoran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.