Calon PH, BN dan BERSAMA kemuka pencalonan DUN Kuala Linggi

Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (PH), Datuk Haji Rosli Abdullah (BN) dan Nur Farhana Hamzah (BERSAMA) / Foto RTM

KUALA LINGGI, 31 Oktober – Calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) hadir di Kompleks Japerun di sini bagi mengemukakan pencalonan masing-masing bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Calon PH diwakili Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, BN oleh Datuk Haji Rosli Abdullah dan BERSAMA oleh Nur Farhana Hamzah.
  • Ketibaan calon diiringi penyokong yang berhimpun di luar Kompleks Japerun.
  • Petugas SPR bersedia memastikan proses penamaan calon berlangsung lancar; 28 pusat dibuka serentak dari 9 hingga 10 pagi.

Calon PH diwakili Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, BN oleh Datuk Haji Rosli Abdullah manakala, BERSAMA pula diwakili Nur Farhana Hamzah.

Ketibaan ketiga-tiga calon diiringi penyokong masing-masing yang berhimpun di luar kompleks berkenaan.

Sementara itu, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dengan lancar.

Kesemua 28 pusat penamaan calon bagi PRN Melaka ke-16 dibuka serentak dari 9 hingga 10 pagi bagi membolehkan calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.