Khianat : Empat individu mengaku tidak bersalah

Sebutan semula kes ditetapkan 30 November ini 

JOHOR BAHRU, 29 Oktober – Empat individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pendakwaan melakukan khianat, menggunakan api untuk membakar rumah seorang individu di Kulai, pada 13 Oktober lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 436 dan 34 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
  • Yap Tze Hong, Muhammad Khairul Abd Bahrin dan Chen Jie Ming diwakili peguam; Muhamad Amirul Eizlan Masrihan tidak diwakili.
  • Mahkamah benarkan ikat jamin: Yap dan Chen RM8,000; Muhamad Amirul dan Muhammad Khairul RM10,000.

Pengakuan kesemua tertuduh dibuat di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, mengikut Seksyen 436 dan 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pendakwaan, kesemua mereka dituduh bersama-sama melakukan kesalahan terbabit pada pukul 1.30 pagi, 13 Oktober 2026 di Kulai Besar.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Latif, manakala tertuduh, Yap Tze Hong, 31 tahun, Muhammad Khairul Abd Bahrin, 27 tahun dan Chen Jie Ming, 28 tahun, diwakili peguam.

Sementara, tertuduh, Muhamad Amirul Eizlan Masrihan, 28 tahun, tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh, masing-masing Yap Tze Hong dan Chen Jie Ming, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000, sementara Muhamad Amirul dan Muhammad Khairul pula dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 November ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.