Banjir: 4 PPS diaktifkan di Kedah

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 29 Oktober – Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat, apabila satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Pendang, petang semalam menjadikan keseluruhan empat PPS diaktifkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekretariat JPBN Kedah memaklumkan setakat 8 pagi seramai 126 orang daripada 56 keluarga berlindung di PPS.
  • PPS di Pendang, Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya, dibuka pukul 6 petang menempatkan 26 orang daripada sembilan keluarga.
  • Tiga PPS di daerah Yan adalah SK Teroi, SJK (C) Pei Eng dan Dewan Lestari Guar Chempedak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataannya memaklumkan setakat pukul 8 pagi tadi seramai 152 orang daripada 65 keluarga berlindung di kesemua PPS berkenaan.

“PPS di daerah Pendang iaitu Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya itu dibuka pukul 6 petang dengan menempatkan 26 penduduk terjejas daripada sembilan keluarga dari Kampung Pulai dan Kampung Senggora Mukim Bukit Raya.

“Manakala tiga lagi PPS di daerah Yan menempatkan seramai 126 orang daripada 56 keluarga.

“PPS terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi SJK (C) Pei Eng dan di Dewan Lestari Guar Chempedak,” jelas kenyataan sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.