Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 29 Oktober — Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri sehingga 12 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor.
  • Kawasan di Kedah terjejas: Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
  • Di Terengganu: Kemaman, Dungun dan Marang; Pahang: Rompin; Johor: Mersing.
  • Amaran dikeluarkan jika hujan melebihi 20 milimeter sejam dan dijangka berterusan lebih satu jam; sah tidak melebihi enam jam setiap keluaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman, Dungun dan Marang.

Di Pahang, amaran melibatkan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing.

Lima negeri dijangka hujan lebat, ribut petir hingga pukul 12 tengah hari/Foto METMalaysia

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih satu jam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.