
KUALA LUMPUR, 28 Oktober -Sebanyak RM832,000 diluluskan bagi pemasangan 83 lampu solar di sembilan lokasi sekitar Parlimen Bentong, Pahang.
- Inisiatif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya menjelang operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
- Peruntukan diagihkan mengikut DUN: Sabai (RM254,000), Bilut (RM300,000), Pelangai (RM61,000) dan Ketari (RM177,000).
- Pengumuman dibuat oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, di Dewan Rakyat.
- Kementerian memantau rangkaian jalan serta menilai keperluan menaik taraf jalan persekutuan dan negeri.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya menjelang operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Terdapat banyak lagi daerah lain, Bentong menerima peruntukan sebanyak RM832,000 bagi pemasangan 83 unit lampu solar baharu di sembilan lokasi dalam kawasan Parlimen Bentong.
“Daripada jumlah itu, tiga lokasi di DUN Sabai melibatkan peruntukan RM254,000, tiga lokasi di DUN Bilut sebanyak RM300,000, satu lokasi di DUN Pelangai sebanyak RM61,000, manakala dua lokasi di DUN Ketari melibatkan kos RM177,000, ” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, di Dewan Rakyat.
Tambahnya Kementerian Kerja Raya turut memantau rangkaian jalan raya di Bentong, Pahang bagi menghadapi unjuran peningkatan trafik susulan operasi ECRL.
Ia merangkumi penilaian keperluan menaik taraf Jalan Persekutuan dan jalan negeri di kawasan berkenaan.