Mindanao dilanda gempa bumi sederhana

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia 

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 melanda Mindanao, Filipina kira-kira pukul 9.11 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kemas kini rasmi mengenai pusat gempa.
  • Pusat gempa diletakkan pada koordinat 5.8 darjah Utara, 125.5 darjah Timur.
  • Berjarak kira-kira 107 kilometer tenggara Koronadal City, Filipina.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 74 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menerusi kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 5.8 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur, kira-kira 107 kilometer tenggara Koronadal City, Filipina.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 74 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.