Lelaki maut kereta bertembung babi hutan

Foto JBPM Selangor

KUALA KUBU BHARU, 28 Oktober – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai bertembung dengan seekor babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori 10 tayar berhampiran Stesen Minyak Five Kalumpang, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditemukan tersepit dalam kenderaan, tidak sedarkan diri, dan dikeluarkan oleh anggota bomba.
  • JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada 7.16 pagi; jentera tiba 7.32 pagi dengan bantuan BBP Tanjung Malim.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM; operasi menyelamat dikawal pada 7.50 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan tersepit di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.16 pagi.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada pukul 7.32 pagi dengan bantuan BBP Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit selepas anggota bomba tiba di lokasi.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat dikawal pada pukul 7.50 pagi.

Padatkan tajuk laporan kemalanganMurnikan ayat pembukaan berita

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.