Anggota Maritim Malaysia maut, tiga lagi cedera

Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian

SIMPANG EMPAT, 27 Oktober – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut, manakala tiga lagi rakan setugas cedera ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan laporan dan mengenal pasti mangsa sebagai Laskar Kanan Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan.
  • Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia 14 serta 11 tahun.
  • Ahli keluarga dimaklumkan dan berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah menanti urusan membawa jenazah ke Hospital Sultanah Bahiyah.
  • Jenazah dijangka dibawa pulang ke kediaman di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan dari Unit Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia 14 serta 11 tahun.

Ahli keluarga mangsa yang telah dimaklumkan mengenai kejadian telah berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menanti urusan membawa jenazah ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi urusan bedah siasat.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.