PGA rampas 100 kg beras seludup dari Thailand

Beberapa kampit beras ditinggalkan di tebing sungai dirampas PGA Briged Tenggara/Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 27 Oktober – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 100 kilogram (kg) beras bernilai RM400 yang disyaki diseludup dari Thailand di Pengkalan Haram Perdah 2, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota PGA menemui guni putih berisi beras ditinggalkan di tebing sungai semasa rondaan kira-kira pukul 5 petang.
  • Pemeriksaan mendapati empat kampit beras, setiap satu seberat 25 kg.
  • Tiada tangkapan dilakukan dalam operasi tersebut.
  • Rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan di bawah Seksyen 20.

Rampasan kira-kira pukul 5 petang itu dilakukan anggota PGA yang menjalankan rondaan sebelum menemui guni putih berisi beras di tebing sungai kawasan berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, pemeriksaan mendapati rampasan membabitkan empat kampit beras masing-masing seberat 25 kg.

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM400 dan tiada tangkapan dilakukan dalam operasi berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, rampasan diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.