Tiga individu ditahan disyaki terbabit khianat, simbah cat di beberapa negeri

Kesemua suspek dipercayai menerima upah antara RM500 hingga RM1000 bagi setiap kegiatan jenayah 

IPOH, 27 Oktober – Polis Perak berjaya menyelesaikan sembilan kes khianat dengan api dan simbah cat yang berlaku di beberapa negeri susulan penahanan tiga individu di Pulau Pinang, pada 22 Oktober lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga suspek, berusia 19 tahun, dua pelajar kolej dan seorang penjaga stor, ditahan dalam tiga serbuan di Tanjong Bungah, Bukit Mertajam, Machang Bubok.
  • Suspek tiada rekod jenayah lampau dan didakwa menerima upah RM500 hingga RM1,000 setiap kegiatan daripada individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.
  • Polis merampas tiga kereta, telefon bimbit serta pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian.
  • Seorang suspek masih bebas; diburu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun itu merupakan dua pelajar kolej dan seorang penjaga stor yang telah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Tanjong Bungah, Bukit Mertajam dan Machang Bubok.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah melakukan kegiatan jenayah berkenaan dengan menerima upah antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kegiatan terbabit daripada seorang individu yang tidak dikenali dan hanya berhubung menerusi aplikasi WhatApp.

“Tiga kereta, telefon bimbit serta pakaian yang dipercayai digunakan ketika kejadian, telah dirampas,”katanya dalam sidang media di sini.

Susulan penahanan berkenaan, seorang lagi suspek yang masih bebas, giat diburu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan melibatkan dua kejadian di Taiping, Perak, tiga kes di Kedah, dua di Johor serta masing-masing satu di Pulau Pinang dan Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.