Lelaki 19 tahun ditahan, curi wang masjid

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi wang tabung Masjid Sirajul Islam

LABUAN, 30 Oktober – Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi wang tabung Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru dengan anggaran RM150.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah melalui Op Pintu/Kesan pada 28 Oktober.
  • Pemotong besi dipercayai digunakan memotong kunci mangga dirampas; penahanan menyelesaikan empat kes lain dengan kerugian kira-kira RM3,950.
  • Suspek direman empat hari; ujian air kencing positif amphetamine dan syabu; kes disiasat di bawah Sek. 380, 457 dan Sek. 15(1)(a).

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki dalam kenyatannya memaklumkan, suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah menerusi Op Pintu/Kesan pada 28 Oktober lalu.

“Pemotong besi yang dipercayai digunakan untuk memotong kunci mangga tabung masjid turut dirampas.

“Penahanan itu turut membawa kepada penyelesaian empat kes lain yang dilaporkan berlaku antara 26 September hingga 20 Oktober lalu di sekitar Lubok Temiang dan Rancha-Rancha, membabitkan anggaran kerugian RM3,950,” menurut kenyatan itu.

Suspek direman selama empat hari, bermula 30 Oktober hingga 2 November bagi membantu siasatan.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.