Keputusan Pilihan Raya Israel tidak beri kesan pendirian Tehran

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei / Foto AFP

TEHRAN, 26 Oktober – Kementerian Luar Iran menegaskan keputusan pilihan raya Israel tidak akan membawa sebarang perubahan kepada pendirian Tehran, ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berdepan persaingan sengit dalam pilihan raya berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan pilihan raya Israel tidak akan mengubah pendirian Tehran terhadap rejim yang melakukan keganasan di rantau ini.
  • Pilihan raya berlaku ketika Israel dan Amerika Syarikat mengancam meneruskan serangan terhadap Iran.
  • Kenyataan Netanyahu mengenai menggulingkan Iran disifatkan sebagai ancaman kosong dan tanda putus asa oleh Kementerian Luar Iran.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata perkara itu tidak menjadi persoalan bagi Tehran, siapa pun yang bakal menerajui Israel selepas pilihan raya.

“Tidak menjadi perbezaan kepada kami siapa yang mengambil alih kepimpinan rejim yang tidak membawa apa-apa, selain keganasan dan pembunuhan beramai-ramai di rantau kami,” katanya pada sidang media mingguan kementerian itu, sehari sebelum pilihan raya Israel berlangsung.

Pilihan raya Israel pada Selasa berlangsung ketika Israel dan Amerika Syarikat mengancam untuk meneruskan semula serangan terhadap Iran selepas perang tercetus pada akhir Februari.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Netanyahu berulang kali mendakwa satu-satunya cara untuk menghapuskan ancaman Iran adalah dengan menggulingkan kerajaan negara itu.

Pada Ahad, beliau memberitahu saluran televisyen Israel, Channel 14, bahawa beliau telah mengarahkan agensi perisikan Mossad dan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) untuk menggulingkan Iran. Bagaimanapun, Baqaei menyifatkan kenyataan Netanyahu itu sebagai ancaman kosong dan tanda putus asa.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.