
KUCHING, 23 Oktober -Tujuh warga asing direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pusat panggilan yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini.
- Suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 33 hingga 44 tahun.
- Serbuan di sebuah kediaman di Jalan Datuk Tawi Sli, suspek ditahan.
- Peralatan komputer, telefon bimbit dan peranti berkaitan dipercayai digunakan turut dirampas; sindiket sasarkan mangsa dari negara jiran.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 33 hingga 44 tahun.
Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Jalan Datuk Tawi Sli lewat malam tadi.
“Peralatan komputer, telefon bimbit serta peranti berkaitan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan turut ditampas,” katanya menerusi satu kenyataan.
Semakan dan analisis awal mendapati sindiket terbabit menyasarkan mangsa dari negara jiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.