MOT buka data pengangkutan awam, galak aplikasi tempatan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Akses kepada data operasi pengangkutan awam dibuka kepada pembangun aplikasi bagi menggalakkan penghasilan aplikasi tempatan yang dapat memudahkan perjalanan pengguna.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dasar data terbuka dilaksanakan beberapa tahun lalu, termasuk penyediaan data operasi oleh Prasarana Malaysia Berhad.
  • MOT memberi tumpuan kepada data pengangkutan awam; data jalan raya di bawah KKR dan JKR.
  • Akses data membolehkan pembangun menghasilkan aplikasi tempatan untuk perancangan perjalanan dan alternatif kepada aplikasi navigasi sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar data terbuka itu telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu, termasuk menerusi penyediaan data operasi oleh Prasarana Malaysia Berhad.

“Data terbuka merangkumi jumlah penumpang, kekerapan perkhidmatan, perjalanan tren dan sebagainya yang boleh diakses oleh mana-mana pihak yang ingin membangunkan aplikasi,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek di sini, hari ini.

Mengulas sokongan kementerian terhadap pembangunan ekosistem aplikasi tempatan susulan larangan penggunaan aplikasi Waze oleh penjawat awam, Anthony berkata, fokus MOT adalah menyediakan data berkaitan pengangkutan awam.

Menurutnya, data berkaitan jalan raya pula berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, akses kepada data pengangkutan awam itu dapat membantu pembangun menghasilkan aplikasi tempatan yang memudahkan perancangan perjalanan pengguna, termasuk sebagai alternatif kepada aplikasi navigasi sedia ada.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.