
KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Sebanyak 31 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.
- Batu Muda KL dan Johan Setia Selangor merekodkan bacaan tertinggi IPU, masing-masing 173 dan 171.
- Beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan merekodkan tahap tidak sihat.
- IPU melebihi 101 turut dicatatkan di Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Johor, Perak dan Pahang.
- Beberapa kawasan lain pada tahap sederhana manakala enam kawasan baik termasuk Kedah, Sabah dan Sarawak.
Data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu setakat pukul 11 pagi tadi.
Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 173 dan 171.
Selain enam kawasan di Selangor dan dua di Wilayah Persekutuan, IPU tidak sihat atau bacaan melebihi 101 turut dicatatkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Terengganu, Johor, Perak dan Pahang.
Sementara itu, 31 kawasan lain di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Enam kawasan berada pada tahap baik, iaitu Kedah, Sabah dan Sarawak.