
KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11.00 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 164.
- Dua kawasan di Melaka catat IPU tidak sihat: Bukit Rambai (158) dan Bandaraya Melaka (136).
- Seremban (155) dan Port Dickson (151) di Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
- Lima kawasan di Selangor tidak sihat: Petaling Jaya (155), Klang (155), Johan Setia (154), Shah Alam (152), Banting (130).
- Sebanyak 50 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan merekodkan tahap baik.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dua kawasan di Melaka turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (158) dan Bandaraya Melaka (136).
Selain Nilai, dua kawasan di Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Seremban (155) dan Port Dickson (151).
Kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di lima kawasan di Selangor, iaitu Petaling Jaya dan Klang (155), Johan Setia (154), Shah Alam (152) dan Banting (130).
Sementara itu, di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Batu Muda (153) dan Cheras (136), manakala Putrajaya (140).
Di Johor pula, kawasan Pasir Gudang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 110.
Sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara, manakala hanya tiga kawasan merekodkan bacaan tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.