
KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.
- MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan amaran ribut petir.
- Amaran melibatkan Subis dan Miri di Sarawak serta beberapa daerah di Sabah.
- Amaran dikeluarkan jika hujan melebihi 20 milimeter sejam atau berlarutan lebih satu jam, sah tidak melebihi enam jam setiap keluaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Subis dan Miri.
Di Sabah, kawasan terjejas ialah Kudat; Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar di Pantai Barat; Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort di Pedalaman; serta Tawau dan Semporna.
Amaran dikeluarkan apabila ribut petir dengan kadar hujan melebihi 20 milimeter sejam dijangka berlaku atau sedang berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.