
MELAKA, 17 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 28 Oktober ini, termasuk beberapa kejutan membabitkan pertukaran calon.
- BN akan mengekalkan 21 kerusi yang ditandingi pada PRN lalu, menurut Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
- Ab Rauf melancarkan jentera pilihan raya BN bagi Parlimen Tangga Batu.
- SPR menetapkan penamaan calon 31 Okt, undi awal 10 Nov, hari mengundi 14 Nov; tempoh berkempen 14 hari hingga 13 Nov.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, BN akan mengekalkan 21 kerusi yang ditandingi pada PRN lalu.
“Kita akan umumkan pada 28 Oktober ini. Tempatnya nanti saya beritahu. Kita akan kekal 21 kerusi. Kita sasarkan sebanyak mana yang boleh kita menang,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Tangga Batu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari hingga 11.59 malam, 13 November ini.