Akses saringan awal tingkat pengesanan kanser payudara

Kempen ESG Wellness 2026 sempena dengan Pink October berupaya memupuk kesedaran serta memanfaatkan kemajuan teknologi

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Penglibatan menyeluruh individu, keluarga, masyarakat serta majikan berupaya memudahkan golongan wanita memperoleh akses saringan awal kanser payudara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perluasan akses saringan ke kawasan pedalaman untuk meningkatkan pengesanan awal kanser payudara.
  • 50.5 peratus kes didiagnosis pada tahap tiga dan empat menunjukkan keperluan pengesanan lebih awal.
  • Kempen ESG Wellness 2026 sempena Pink October memupuk kesedaran dan memanfaatkan kemajuan teknologi untuk saringan.
  • Pendekatan menyeluruh dan subsidi memastikan bantuan sampai kumpulan sasar; kesedaran dan saringan wajar dimulakan pada setiap peringkat umur.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan akses saringan awal itu diperluas ke kawasan pedalaman bertujuan meningkatkan pengesanan penyakit berkenaan pada peringkat awal.

“50.5 peratus kes di negara ini didiagnosis pada tahap tiga dan empat.

“Sehubungan itu penganjuran Kempen ESG Wellness 2026 sempena dengan Pink October, berupaya memupuk kesedaran serta memanfaatkan kemajuan teknologi untuk mendapatkan saringan berkenaan,”katanya ketika berucap merasmikan Kempen ESG Wellness 2026 bersempena dengan Pink October.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memaklumkan menerusi pelaksanaan pendekatan menyeluruh dapat memastikan kempen kesedaran dan bantuan subsidi diterima kumpulan sasar.

“Kita tidak seharusnya bertindak secara silo. Kempen kesedaran wajar dilaksanakan seawal mungkin untuk setiap peringkat usia tanpa mengira jantina kerana setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan individu yang kita sayang menjalani saringan awal kanser payudara,” katanya.

Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2017 hingga 2021 turut menunjukkan kanser payudara merupakan kanser paling lazim di negara ini, merangkumi 17.6 peratus daripada keseluruhan kes kanser didaftarkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.