
JOHOR BAHRU, 13 Oktober – Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan pelajar perempuan, Allahyarham Irene Sofiya Khairool Faisal, 16 tahun telah dirujuk ke Pejabat Pengarah
Pendakwaan Johor, 9 Oktober lepas.
- Pengarah Pendakwaan Negeri Johor masih dalam peringkat kajian dan perlu memberi pertimbangan teliti terhadap kes.
- Pihak polis masih menunggu arahan lanjut; suspek direman sehingga Jumaat ini.
- Irene Sofiya ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah; seorang suspek lelaki 16 tahun ditahan dan direman lanjutan.
Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad memaklumkan pihaknya kini masih menunggu tindakan lanjut perkara berkenaan.
“Pihak Pengarah Pendakwaan Negeri Johor masih dalam peringkat kajian dan perlu memberi pertimbangan yang teliti berhubung kes berkenaan.
“Kami masih menunggu arahan dan ketika ini suspek direman sehingga Jumaat ini,”katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan laporan kematian Irene Sofiya yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumurah darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, kira-kira pukul 5.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia.
Susulan kejadian itu, seorang suspek lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman selama enam hari bermula 4 Oktober bagi membantu siasatan dan disambung enam hari lagi hingga 15 Oktober ini.