Jenayah komersial di Johor meningkat, kerugian RM212.64 juta

Datuk AB Rahaman Arsad/ RTM

JOHOR BAHRU, 13 Oktober- Sebanyak 9,897 kertas siasatan dibuka membabitkan kes jenayah komersial di Johor dengan nilai kerugian RM212.64 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 90 peratus kes jenayah komersial adalah penipuan dalam talian, menuntut tindakan segera dan berkesan.
  • Jumlah kertas siasatan meningkat berbanding tahun lalu, memerlukan tindak balas dan strategi penguatkuasaan lebih kukuh.
  • Jenayah indeks meningkat, jenayah kekerasan dan harta benda turut mencatat kenaikan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata jumlah itu meningkat sebanyak 3,036 kertas siasatan berbanding 6,861 kes bagi tempoh sama tahun lalu, walaupun nilai kerugian menurun daripada RM252.567 juta.

“Lebih 90 peratus daripada jumlah kes yang dibuka pada 2026 merupakan kes penipuan dalam talian. Peningkatan kes yang dilaporkan sepanjang tempoh ini memerlukan tindakan segera dan berkesan.

“Penipuan dan kegiatan scam kini semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi serta kecanggihan dunia digital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, jumlah jenayah indeks di Johor bagi tempoh sama meningkat kepada 4,343 kes berbanding 4,152 kes tahun lalu.

Jenayah kekerasan merekodkan 1,123 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, jenayah harta benda mencatatkan 3,220 kes berbanding 3,171 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.